Friday, March 07, 2008

PRU 12

Tidak sampai 24 jam seluruh rakyat Malaysia akan keluar membuang undi. Tidak kira tua atau muda yang penting cukup umur 21 tahun ke atas layak untuk mengundi. Melainkan mereka yang di bawah umur atau yang tidak mendaftar tidak layak untuk mengundi.

Samalah seperti saya, sudah ganjil umur 21 tahun menjadi tanggunggjawab saya untuk memilih calon yang sesuai untuk dijadikan pemimpin. Bukan mudah untuk memilih pemimpin yang benar-benar mampu mentadbir sesebuah organisasi atau negara dengan jayanya. Ia sebenarnya menjadi tugas kita untuk memilihnya disamping pemimpin menunjukkan sikap yang baik sebagai seorang pemimpin dan bukannya menonjolkan sikap-sikap itu hanya musim pilihanraya sahaja. Hipokrit semata-mata.

Sebenarnya memang teringin bagi saya untuk kali pertama merasai sendiri pengalaman membuang undi serta memilih calon yang sesuai tetapi malangnya saya terlupa untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi. Bukanlah niat saya untuk memboikot pilihanraya tetapi dah terlupa nak buat macam mana. Terpaksalah tunggu pilihanraya akan datang jika diberi kesihatan oleh DIA...

Apa-apa pun saya ucapkan selamat mengundi kepada pengundi-pengundi di luar sana. Pilih lah pemimpin yang benar-benar adil dan janganlah jadi hipokrit terhadap diri sendiri sehingga memakan agama, diri, keluarga, dan masyarakat. Keputusan di tangan anda.....

No comments: