Malam tadi aku bersama-sama Kumpulan Usratika (bukan kumpulan nasyid) telah membuat persembahan sempena Majlis Pelancaran Rasmi Majlis Permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan. Usratika sebuah kumpulan yang unik bagi aku kerana lirik-lirik yang didendangkan oleh mereka membawa mesej yang berguna kepada manusia. Mungkin ada segelintir umat yang kurang gemar muzik yang dibawakan oleh mereka tetapi aku rasa ia menjadi salah satu wadah untuk menuju ke jalan dakwah terutamanya kepada anak muda sekarang. Adakah dengan nasyid saja boleh membawa seseorang ke arah kebaikan? Hehe...



Aku syorkan kepada semua untuk lawati blog mereka dan hayatilah lirik dari lagu mereka. Jangan menilai hanya dari kulit tanpa meneliti isinya. Dengarkanlah...



Aku syorkan kepada semua untuk lawati blog mereka dan hayatilah lirik dari lagu mereka. Jangan menilai hanya dari kulit tanpa meneliti isinya. Dengarkanlah...











Insyallah, petang ini saya akan bermalam di rumah sahabat yang rumahnya berhampiran di Golok sebelum saya meneruskan perjalanan ke Yala pada keesokkan harinya. Saya pun tidak pernah sampai di rumahnya lagi. Dikatakan rumahnya terdapat perpustakaan mini. Teruja juga nak tengok. 








