Saturday, January 31, 2009

Kad Sim Tak Berfungsi

Dalam masa 24 jam ini akan berlaku transformasi pada kad sim telefon aku. Plan prabayar kepada pascabayar. Dalam masa yang sama juga aku perlu balik ke kampung semata-mata untuk mengambil kad sim aku yang baru. Aku menukar plan tersebut tidak tahu lah, mungkin kerana cair dengan kata-kata sorang mamat Maxis ni. Tidak pasal-pasal telepfon aku dan mengatakan bahawa aku telah menggunakan talian ini seperti plan pascabayar nilainya. Sambil itu dia meyakinkan aku tentang pascabayar ni.

Mungkin silap aku juga sebab boleh bagi alamat kampung pulak untuk penghantaran kad sim baru. Nampaknya ia sedikit sebanyak membantutkan kerja-kerja aku di sini. Tapi takpelah, boleh jumpa keluarga di sana. Oleh itu, sesiapa yang ingin menghubungiku boleh lah menggunakan sumber yang lain seperti emel, YM, dan sebagainya.

*Bukan lama sangat pun tak berfungsi...

Wednesday, January 28, 2009

Barang Baik

Hari ini aku telah memiliki beberapa peralatan untuk koleksi peribadiku. Aku pun tidak tahu kenapa aku membeli semua ini. Aku bukannya pandai pun nak gunakannya. Ekoran daripada teman yang kebetulan berkunjung ke Jakarta beberapa hari yang lepas dan dia juga telah bertanyakan kepadaku mahu kirim apa-apa barang yang nak beli di sana. Aku tidak melepaskan peluang ini segera aku memesan beberapa peralatan ini.

Apabila difikirkan balik rasa tidak berbaloi juga aku memiliki barang tersebut. Tapi yang pastinya ia akan ada berguna suatu hari nanti. Tak pun boleh aku tambah koleksi dalam grup muzikku Usratika. Aku sambar barang-barang ni bukan sebab apa pun, murah sangat harganya jika nak dibandingkan dengan harga di negara kita ini.

Mungkin ini juga menjadi pemangkin untuk aku mempelajari menggunakan barang ini. Boleh lah tambah skill yang sedia ada. Sesiapa boleh beri tunjuk ajar??? Silakan....

Yang penting aku dah memiliki barang-barang ini. Nak tau apa barangnya....

Gambus

Rebana
(di Indonesia tapi aku tengok macam bentuk kompang je, cuma agak besar lah )



* Duit asyik dibelanjakan benda lain, bila boleh beli lens ye???

Tuesday, January 27, 2009

Sama kah??

Cuti raya cina aku mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Kali ini aku balik tidak perlu berebut tiket kerana ibu dan bapaku ingin berkunjung ke teratak kecilku. Boleh lah aku tumpang balik sekali nanti. Mereka datang ingin mengambilku dalam masa yang menjemput adikku yang berada di Tasik Chini untuk program latihan khidmat negara (PLKN).

Sebelum mereka tiba aku telah cuba untuk meninjau jalan yang mudah untuk ke sana. Ramai juga aku bertanya kepada teman-teman yang duduk di Pahang. Nak dijadikan cerita seawal pagi aku bersama ibu dan bapa keluar menuju ke sebuah tasik. Sampai di tasik itu tidak kelihatan manusia-manusia berkeliaran di tempat itu. Hanyalah dua tiga biji kereta berada di situ. Aku menjadi bingung dan sangsi. Ibu dan bapaku sudah mula merungut. Mungkinkah ini salahku. Aku segera menelefon rakanku.

Aku : Assalamualaikum. Samakah Tasik Bera dengan Tasik Chini?
Kawan : Tak sama.
Aku : Oh, ye ke?? Berapa lama dari Tasik Bera nak ke Tasik Chini?
Kawan : Dalam sejam lebih gak lah.
Aku : Oh, ok. (Dalam keadaan tiada rasa bersalah)
Emak : Ha, tulah, memang x sama Tasik Bera dan Tasik Chini.
Aku : ...... !!!!??? (Diam saja. Huhu...)

Akhirnya sampai juga di Tasik Chini ini. Perjalanan yang mengambil masa hampir 5 jam. Setibanya di sana adikku segera menyambut kerana hari ini adalah hari terbuka diwajibkan kepada penjaga untuk hadir mengambil anak jagaan mereka.

Pemandangan yang indah kawasan tasik ini.


*Pengajaran:-
- Pastikan tempat yang ingin ditujui benar-benar tempat yang betul.
- Jangan terlalu yakin.

Friday, January 23, 2009

Wajah-Wajah Sepanjang Hari Pengundian

Di bawah ini adalah gamabar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang hari pengundian berlangsung bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Semua pelajar menunaikan tanggungjawab mereka beratur seawal pagi di kuliyyah masing-masing untuk membuang undi.

Berita selanjutnya klik sini...

Friday, January 09, 2009

Demo Untukmu Palestin

Hari ini aku telah berkesempatan menyertai demontrasi bantahan serangan Israel ke atas bumi Palestin. Aku tiba sebelum solat Jumaat lagi. Kelihatan sudah ramai pejuang-pejuang berkumpul di Masjid Menara Tabung Haji. Sesudah solat Jumaat serta solat Hajat untuk Palestin terdengar laungan "Allahuakbar" daripada salah seorang penyokong menandakan demontrasi akan bermula. Masing-masing mula berganjak dari tempat solat segera berkumpul beramai-ramai untuk menyerahkan memoradum bantahan serangan tersebut ke kedutaan.

Aku juga tidak ketinggalan. Khabarnya hari ini lebih dari dua tempat mengadakan perhimpuanan seperti ini. Tak sempat untuk aku mengikuti semuanya. Pelbagai ragam dan semangat yang ditunjukkan oleh pejuang-pejuang kita ini. Moga-moga usaha yang kita jalankan ini membuahkan hasil serta dapat membantu mereka yang menderita di sana. Saksikanlah aksi-aksi mereka ini ada dengan benderanya, kasutnya, jeritannya dan sebagainya.

p/s : Esok juga (10hb Januari 2009) ada rapat umum di Stadium Melawati Shah Alam, jam 10.00 pagi - 12.00 tengah hari. Sesiapa yang berkesempatan marilah sama-sama meramaikan. Untuk maklumat lanjut klik sini.

Thursday, January 01, 2009

WiMAX yg sgt laju

Beberapa hari lepas aku dengan teman serumah telah mendaftar P1 W1MAX internet jalur lebar yang sangat laju sekarang. Lepas ni duduk rumah jelah. Boleh lah online 24 jam.. hehe.. Boleh meletup laptop mcm ni. Nak tau lebih lanjut klik sini..