Wednesday, February 25, 2009

Pregnant Potraiture

Inilah gambar-gambar yang aku telah tembak beberapa minggu yang lepas untuk pasangan Akmal & Fara. Pengambaran telah dilakukan di FRIM. Pasangan yang sangat sporting. Kebetulan ada beberapa temannya bersama. Menjadi meriahlah hari itu. Apa-apa selamat menimang cahaya mata tidak lama lagi.







Sunday, February 22, 2009

Happy Birthday to Ayu & Jida

Walaupun dah lepas aku nak ucap juga. Maaflah sibuk sikit. 19hb Februari 2009 yang lepas adikku Norhidayu Shahbuddin telah menjangkau umurnya yang ke-15. Dah besar tu. Belajar kena rajin, PMR tahun ni. Buat yang terbaik.

Semalam tetiba seorang gadis ni buzz aku suruh buka dia punya video. Menarik juga. Rupanya adiknya juga menyambut hari lahir pada 18hb Februari 2009. Umurnya 11tahun sekarang. Aku kenal adik gadis ini. Comel dan lincah.

Maka saksikanlah video ucapan untuk korang berdua... Ini je yang mampu aku hadiahi kalian.. hehe..


Thursday, February 19, 2009

Selamat Berjuang (Episod 2)

Semalam tiada masa terluang. Rasa ingin ponteng je. Demi untuk pergi suatu tempat. Kan seronok kalau kuliah tiada. Boleh lah aku pergi ke sana. Akhirnya aku buat keputusan untuk tidak ponteng. Tak mengapalah, aku rasa tiada masalah ketiadaan aku di situ. Yang penting dia selamat pergi hendaknya.

Seorang lagi sahabatku, Muhammad Suhail Ahmad telah pergi meninggalkan bumi Malaysia demi menyahut seruan dakwah ke Guangzhou, China. Berlepas di Terminal Karier Kos Rendah (LCCT). Bukan sekadar sahabat malah dia juga bos besar aku. Bukan mudah untuk melaksanakan tugas menguruskan syarikat semasa ketiadaannya. Tapi takpa aku akan berusaha sedaya upaya. Bukan lama pun setahun je... huhuhu...

Ini aku sempat selitkan sedikit ucapan dari mereka berdua Putri dan Suhail sebelum bertolak ke tempat masing-masing. Tengoklah....

Sunday, February 15, 2009

Selamat Berjuang

Pagi tadi bangun awal semata-mata kerana satu perkara penting yang perlu dilaksanakan. Sejak dari malam tadi gundah gulana dibuatnya. Pelbagai rintangan dan halangan di tempuhi. Semua diizinkanNYA... Selesai satu rintangan menghadapi hari ini. Terima kasih sahabat-sahabat yang menolong. Perjalanan yang dirancang dilaksanakan dengan sempurna. Akhirnya tiba juga aku di sini, Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia (KLIA). Sejak dari mula perjalanan diekori wajah kesedihan setengah sahabat. Angin tiada ribut pun tiada, tetapi air menitik membasahi pipi. Tapi bukan pipiku... huhu..

Ini semua gara-gara seorang sahabat baik seperjuangan ini meneruskan perjuangannya lebih jauh meninggalkan keluarga, sahabat dan lain-lain demi mencapai cita-citanya. Kami relakan kau pergi kerana ia lebih penting dan kami yakin akan ada ganjaran dan pulangannya selepas kau kembali.

Itulah sahabatku Putri Nur Azwa yang akan melanjutkan pelajarannya ke Jordan selama 4 tahun. Sahabat yang banyak membantu dalam pelbagai perkara. Lepas ni.....

tak dapatlah nak pinjam kereta lagi...
tak dapatlah keluar makan bersama sahabat-sahabat lain...
tak dapatlah gurau (buli) kau lagi...
tak daptlah dengar celoteh kau lagi...
dan banyak lagi...

Tapi tak apa, sementara saja. Tunggu lah kau balik nanti.... Apa-apa pun, Selamat berjuang sahabatku....

Tuesday, February 10, 2009

Minggu Ujian

Minggu ini sibuk sikit dengan pelbagai tugas yang perlu diselesaikan. Sibuk-sibuk juga sempat juga aku ke Pusat Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) di Selayang untuk pengambaran "Potret Ibu Mengandung". Jika sempat aku akan muat naik gambar-gambar yang menarik.

Tidak lepaskan peluang juga aku merakamkan gambar-gambar alam semulajadi yang indah-indah belaka. Aku ke sana juga kerana ada pertandingan fotografi yang dianjurkan FRIM sendiri. Nanti aku tulis lagi ya...






































* Lebih gambar akan datang...

Friday, February 06, 2009

Aku & Usratika di UNISEL

Selasa yang lepas aku berkesempatan sekali lagi bersama Usratika membuat persembahan sempena program "Wacana Mencari Cinta" yang diadakan di UNISEL. Kali ini kami membawakan 3 buah lagu di dalam album Usratika.

Pelbagai rintangan yang perlu dilalui sepanjang latihan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, keadaan jalan yang kurang selesa dan sebagainya. Alhamdulillah walaubagaimanapun, kami diberikan peluang olehNYA untuk membat persembahan pada malam itu.

Sungguh ramai tetamu yang hadir. Tidak tahu lah, mungkin kerana ia forum cinta?? atau ingin menyaksikan persembahan kami??? hehehe.... Apa-apa pun aku terhibur malam itu semuanya berjalan lancar...


*Video persembahan sedang dalam suntingan...