Thursday, May 28, 2009

Cajon Pertama kali Beraksi

Sabtu yang lepas cajon ku telah dirasmikan dengan bermain bersama Usratika sempena Malam Kesenian Graduasi Perubatan UITM. Memang mengujakan bunyi cajon itu. Ala-ala drum gitu. Puas hati lah bila dapat menggunakan cajon itu dengan baik sekali. Tapi aku masih cube mempelajari teknik yang betul untuk bermain cajon itu.

Friday, May 22, 2009

Aktiviti SM (Episod 1) KLCC

Dah lama nak muatnaik gambar-gambar. Tapi flickr dan segala berkaitan dengan Yahoo aku tak dapat akses talian kat umah aku ni. Tak taulah kenapa. Kali ni pun aku muat naik di tempat lain. Beberapa minggu yang lepas aku dan krew-krew SM buat pengambaran luar. Macam biasa acara pertama kami akan tuju ialah pusat darah negara. Tapi aku tak nak cerita pusat darah dah ade krew SM cerita. Tengok kat sini.
Selepas derma darah kami terus menuju ke KLCC bertemu sahabat sekolah dulu bersamanya ada beberapa orang model. Bolehlah.. huhu. Apa lagi pengambaran dimulakan. Jadi hari ni nak muatnaik gambar di sekitar KLCC dulu. Gambar yang lain nanti dulu.
Disebalik Tabir:

Akan Datang: Aktiviti SM (Episod 2) Taman Tasik Titiwangsa

Monday, May 18, 2009

Situasi

Kali ini entri ini tiada gambar. Cuma nak tulis situasi aku sepanjang beberapa hari ini.

Gembira - Aku telah dapat kembali kameraku setelah dihantar untuk servis kerana asyik "error" sahaja mungkin sebab dah banyak kali kali ketik. Yang membuat aku gembira ialah tidak sampai seminggu kamera aku telah siap. Memang aku telah jangkakan servis yang Canon berikan sangat memuaskan. Dan yang menggebirakan hatiku lagi ialah aku tidak perlu bayar apa-apa untuk servis itu walaupun tempoh waranti telah tamat. Percuma. Sangat teruja. Jadi aku gembiralah. Boleh sedia untuk ketik gambar-gambar lagi.

Geram - Sebab tak boleh bukak laman web Yahoo. Segala aplikasi di Yahoo tidak boleh aku lawati. Maka susah untuk aku muatnaik gambar di dalam Flickr. Ini yang membuatku sedikit geram. Kalau dilihat pada kelajuan Wimax aku memang sangat laju. Kalau nak tengok Youtube tak payah nak tunggu. Sangat laju.

Sibuk - Memang sibuk pabila berada di sem pendek. Nampak macam kelas sedikit tapi kerja amat banyak. Pastu sibuk dengan tempahan kahwin yang bertimbun (takda timbun sangat pun). Maka segala perancangan perlu diatur. Beberapa minggu lagi aku akan sibuk juga kerana diberikan amanat oleh pakcik untuk menjaga rumahnya sepanjang ketiadaannya menunaikan umrah. Tapi bukan rumah sahaja malah kenderaanya. Dia cakap kat aku nak guna, guna jelah. Menarik ni. Insaf-insaf... Amanat tu. Maka hari tu aku akan ada dua rumah. Satu di Gombak dan satu di Ampang. Maka makin sibuklah.

Sepi - (Bukan sebab tiada pasangan hidup)... Ya. Kekadang terasa sepi bila duduk di rumah sewa ini tetapi penghuninya selalu tiada. Seperti aku sahaja yang menghuninya. Oi kekawan serumah balik jangan tak balik.

Panas - Bukan panas dengan orang lain. Cuaca panas je. Kalau sebelum ni bukak perlahan kipas dah terasa sejuk. Tapi hari ni bukak paling laju pun belum tentu dapat sejukkan diri lagi. takpe lah panas dunia je. Mungkin amalanku makin kurang kot. Kena banyakkan amalan ni.. huhu

Sudahlah.. Banyak pula situasi aku ni. Apa-apa pun kembali kepadaNYA. Apa jua situasi pun mohonlah kepadaNYA agar dipermudahkan segalanya.

Tuesday, May 12, 2009

Jawapan untuk Kuiz Kambing

Beberapa hari yang lepas aku telah mengajukan satu kuiz kepada semua pembaca blog samada yang baca ataupun tidak. Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin untuk menjawab. Sebenarnya malam semalam adalah tarikh tutup tetapi selepas melihat beberapa orang yang masih ingin menjawab aku lanjutkan sehingga malam hari Jumaat.

Tetapi hari ini aku telah didesak oleh beberapa peserta yang agak yakin mereka boleh menang supaya menamatkan kuiz ini kerana mungkin dah tak sabar nak dapat hadiah. Oleh itu, aku mengambil keputusan menamatkan kuiz itu hari ini. Puas hatilah korang. Tetapi jangan terlalu yakin.

Jawapannya:-
- Banyak jawapan yang aku terima ada yang mengatakan 23, 10, 21 ekor dan sebagainya. Sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mencuba.

- Alasan aku juga untuk melanjutkan kuiz ini kerana aku nak bagi peluang kepada orang lain untuk mencuba nasib. Tapi mungkin dah tiada yang mahu maka aku tamatkanlah.

- Oleh itu, aku nak ucapkan TAHNIAH kepada diriku kerana hadiah untuk kuiz ini tidak perlu aku berikan kerana aku nak ucapkan TAKZIAH kepada semua yang mencuba kerana jawapan anda semua adalah SALAH.

- Jawapan yang sebenarnya ialah 1 ekor sahaja. Kenapa 1 ekor?? Jika anda perhatikan pada gambar di bawah aku telah bulatkan merah pada ekor kambingku bahawa ekor mereka adalah 1. Aku bersyukur kepada DIA kerana sehingga hari ini aku lihat ekor tidak ada 2, 21, 23 atau 10. Maka jawapan anda semua SALAH.


p/s - Jadi terima kasih kerana mencuba. Insyallah hadiah ini akan aku bawa kepada kuiz yang akan datang. Diharapkan kepada sesiapa yang terlalu yakin agar tidak marah-marah, tidak melakukan perkara yang tidak diingini seperti bunuh diri, maki-maki, cangkung di atas tandas duduk dan sebagainya. Jadikanlah kuiz ini sebagai pemangkin untuk mencuba kuiz aku yang akan datang. Mulakan hari anda dengan senyuman.. Peace no war!!!

Sunday, May 10, 2009

Aizat berwajah baru??

Huhu.. Saje je tajuk macam gempak... Bukan ape ada orang cakap rambut aku macam Aizat.. hehe.. Puji diri sendiri pulak.. Tapi hari ni aku tukar stail baru.. huhu.. Padahal rambut memang dah panjang pun... Ramai dah orang tegur.. Emak aku, makcik aku, pensyarah aku, ramai lah.. Mula-mula memanglah macam nak biarkan je. Mungkin hari ini aku tergerak nak potong rambut.. Maka inilah hasilnya...


Aku sudah miliki "Cajon"


Beberapa hari yang lepas aku, aku ada cerita aku ingin memliki alat muzik itu, maka hari ini aku muatnaik gambar cajon yang telah aku miliki. Tapi sebenarnya bukan miliki aku sepenuhnya pun, ia lebih kepada grup muzikku Usratika. Maka aku telah milikinya..

Friday, May 08, 2009

Peliharaan Keluargaku

Saja-saja balik rumah cuti yang lalu, kebetulan aku ada kamera mak suruh aku amik gambar kambing-kambing kat belakang rumah tu. Katanya untuk dibuat laporan agar mudah dapat bantuan daripada pihak yang berkenaan.

Nak ceritalah sikit, pada asalnya kambing-kambing ini hanyalah 10 ekor. Mati 2 ekor. Lahir 2 ekor lagi. Mati lagi seekor. Lahir lagi 2 ekor kembar. Berapa ya??? Jawab jangan tak jawab. Selepas itu, kambing-kambing bertambah lagi setelah abahku menghadiri satu kursus. Selepas tamat kursus abahku diberikan subsidi oleh RISDA sebanyak 10 ekor kambing lagi. Maka bertambahlah keluarga kambingku.

Oleh itu, soalan yang inginku ajukan, berapakah ekor kambing yang aku ada sekarang? Siapa jawab pantas dan betul adalah hadiahnya tapi aku tak putuskan lagi. Cepat sementara stok masih ada.

Monday, May 04, 2009

Aliff & Munawarah (Klunag, Johor)

Kali ni aku nak muatnaik gambar bakal pengantin Aliff & Mun. Kalau nak tau mereka ni kwan aku masa kat UIA dulu. Satu kelab perkusi. Jodoh mereka. hehe. Walaupun Aliff ni nampak besar die takut dengan Mun, betul ke?? Komen sikit.. hehe jangan marah.. Gurau je..

Majlis berlangsung dengan sempurna cincin disarung oleh nenek Aliff. Aku nak cerita ada gelagat yang mencuit hati ketika dalam majlis itu. Apa-apa pun Aliff jangan marah ya. Masa sesi bersalaman untuk pulang tak tahu lah terlalu gembira atau "kaget" Aliff boleh jatuh pula dulang yang dibawa. Apa lagi huru hara satu rumah gelakkan dia. Biasalah, mungkin terlalu gembira kot.. huuh..

Yang penting aku nak ucapkan terima kasih kepada Aliff sekeluarga menyediakan segala untukku menjalankan utgas dengan mudah. Terima kasih juga belanja aku makan ikan bakar kat Melaka.. hehe.. Korang memang best!!!

Saturday, May 02, 2009

Cari Alat Muzik Baru

Petang ni nak keluar sebentar untuk mencari alat muzik baru iaitu "cajon". Apa itu cajon? nanti bila dah dapat aku cerita lebih lanjut. Tapi yang pasti alat itu sangat unik bunyinya. boleh tambah koleksi kumpulan usratika lepas ni.. Kalo ada rezeki boleh aku muatnaik video aku mainkan alat ini. Tapi aku masih belajar lagi cara nak main alat ini..

Tak boleh tunggu lagi dah, nak gi cari dah.. ok..