Monday, June 29, 2009

Banyak Tajuk

Ermm..
Internet di rumah terkandas
Album klien dalam proses
Banyak program kena buat follow up
Buat blog
Fail kawen klien kena virus
Tak jumpa
Takutnya
Entahlah
Harap semua bersabar
Aku sendiri pun kena sabar
Rahsia aku & orang lain

Singapura 2009... Nantikan...

Tuesday, June 16, 2009

Exam

Exam dah nak dekat.. Jadi sibuklah.. Lepas itu internet ade masalah pula kat rumah.. Susah nak online selalu.. Bagus juga sebab kalau tak kerja menghadap internet jelah.. Boleh lah ulangkaji dengan tenang..



Wedding

Coming Soon....

Monday, June 15, 2009

Sabar itu Perlu


Rabu lepas aku bersama grup diskusiku telah bersama-sama menbincangkan satu topik yang biasa kita dengar tapi sejauh mana kita mampu melaksanakannya dengan baik sekali. Topik yang dibincangkan ialah "Sabar". Setiap orang mengeluarkan pendapat masing-masing tentang sabar ini. Mampukah kita bersabar dengan semua perkara?

Pagi jumaat aku diuji dengan kesabaran juga. Dompetku hilang. Jam sudah menunjukkan jam 8.00pagi. Kelas sudah bermula. Hari itu juga ada pembentangan. Puas mencari seluruh rumah sewaku yang kecil itu. Tapi apakan daya tidak jumpa juga. Kesabaranku mula tercabar. Tapi aku biarkan saja. Aku mencapai kunci motor dan segera ke kelas. Tak nak pikir dulu pasal dompet ni. Habis kelas biasalah sarapan dulu bersama-sama rakan sekelas. Nasib baik rakan serumah aku bagi duit RM10.00 sebelum aku kuar tadi. Kalau tidak, makan pisang percuma yang diberikan makcik warong. "Nah nak, makan ni pisang free", kata makcik warong itu.

Selepas sarapan aku balik rumah cari lagi. Maka memang sah hilanglah jawabnya. Lepas Jumaat aku gi balai polis buat repot. Lepas tu kenalah pergi JPN kalau tak jadilah aku warga asing di bumi sendiri. Maka melayang duit lagi walaupun dah hilang dompet. Pergi JPJ pula, tidak bawa gambar. Malas nak tunggu balik umah. Dalam masa yang sama mintak tolong kawan dapatkan nombor telefon bank, terus aku hubungi semua bank blok kad aku. Selaesai kerja. Masa itu juga kena balik Muar, maka baliklah aku berbekalkan duit gaji aku yang ada (nasib baik dah pindahkan, kalau tak lesap dengan dompet sekali).

Antara barang yang hilang di dalam dompet itu:
- Kad Pengenalan
- Lesen Memandu
- Kad ATM
- Kad Matrik UIA
- Kad Touch n Go
- Resit Minyak, pos dll.
- Kad Perpustakaan Sek. Men.
- DLL

Sepanjang hari itu, kesabaran aku diuji. Jadi aku teruskan bersabar dan redha dengan segalanya. Tidak ada apa yang perlu aku kesali kerana kelalaianku sendiri. Maka banyaklah aku terima mesej dan ucapan sering diungkapkan perkataan sabar dan redha. Terima kasih semua yang bersimpati.

Firman Allah S.W.T:
DAN MINTALAH PERTOLONGAN (KEPADA ALLAH) DENGAN JALAN SABAR DAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG. DAN SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU AMATLAH BERAT KECUALI KEPADA ORANG-ORANG YANG KHUSYUK.
(Surah al-Baqarah ayat 45)

Thursday, June 11, 2009

I've been tagged

When I surf this blog (Ajiem) sudden I've been tagged by him...
ermmm...

Instruction:

Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and a description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged.

This picture I've shooted during participated one of photography contest in my campus. No prearation on that time. Just go and shoot. huhu.. But I like it.. The model is Shazni.

You’ve been tagged to :

1) Epah
2) Shazni
3) Awe
4) Emon (saje nk tgk gmbar terbaru ko...huhu)

Sunday, June 07, 2009

Minggu Orang Kawen

Minggu ni aku penuh dengan tangkap gambar orang kawen. Malam tadi di Segambut. Esok di Ampang. Malamnya pulak nak gerak ke Kedah tangkap gambar orang kawen jugak. Jadi sibuk sikit.. Nanti aku muatnaik apa-apa yang patut.. huhu

Saturday, June 06, 2009

Lagi Video dah Muat Naik

Tuesday, June 02, 2009

Video dah Muat Naik

Kalau ingat lagi entri 2 bulan lepas aku & Kelab Gamelan & Perkusi ada buat persembahan di MHI.. Tapi aku hanya muatnaikkan gambar sahaja kan?? Maka hari ini aku nak muatnaik videonya pula.. Terima kasih kepada Fendi yang sudi dapatkan video ni... Maka saksikan lah kami beraksi..