Friday, July 31, 2009

Usratika di Selangor Muzikal Ekstravaganza 2009

Klik gambar untuk lebih besar jadual persembahan

Usratika ade show lagi. Tapi kali ni x dpt join sebab aku ade kat Korea. Diucapkan kepada ahli Usratika selamat buat persembahan. Jadi kepada peminat seni dijemput untuk menyaksikan mereka beraksi kerana ramai lagi artis yang akan buat persembahan.

Thursday, July 30, 2009

Korea - Daegu - Busan - Seoul

Gambar ketika nak menuju ke Daejon
Credit to Sahalfikri

Sedang menunggu Kicha Munggung Hwa (Keretapi Munggung Hwa) untuk meneruskan perjalanan ke Seoul destinasi terakhir. Bertolak jam 11.00 malam dan akan dijangka sampai jam 4.20 pagi. Memang tepat jangkaan waktu keretapi di Korea ini sehinggakan mampu menjangka waktu sampai ke setiap destinasi.

Tak banyak masa dah. Nak naik keretapi dah. Selamat malam...

Tuesday, July 28, 2009

Korea - Joenju - Daejeon

Dua hari di Jeonju.. Dapat bertemu muslim-muslim di sini. Seronok melihat ukhwah mereka. Terasa ingin menginfakkan diri di masjid ini. Layanan mereka sungguh istimewa.

Melawat tempat bersejarah di Jeonju ini.

Sekarang berada di Daejeon. Bandar Sains dan Teknologi. Bandar yang sangat unik. Penduduk yang sangat berpengetahuan tinggi. Tak percaya? Tengok belakangku ini, Transformer ayam yang direka. Menarikkan...


Esok akan meneruskan perjalanan ke Daegu...

Sunday, July 26, 2009

Korea - Sudah Tiba

Alhamdulillah telah selamat sampai Korea semalam jam 7.10 pagi watu Korea. Sampai terus bergerak ke Joenju. Seronok dapat jumpa mufti Korea. Tak boleh lama ni.. Nanti aku update lagi.. huhuu...


Friday, July 24, 2009

Masa untuk Terbang

Hari yang dinanti telah tiba. Malam ini aku akan berangkat ke Seoul. Tetapi banyak ujian masih perlu diselesaikan. Apa-apa pun aku akan terbang juga ke sana. Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang membantu menjayakan misi ini secara langsung atau tidak langsung. Didoakan moga urusan kalian dipermudahkan di masa akan datang.

Apa yang aku harapkan dari kalian semua doakan lah agar projek ini berjaya dengan kewanganku yang terhad ini. Insyallah blog ini akan di update dari semasa ke semasa menceritakan sepanjang aku berada di sana.

Korea aku datang lagi....!!!!!

Saturday, July 18, 2009

Misi Membeli Tiket

Sekadar Hiasan

Hari ini nekad untuk beli tiket. Aku terpaksa meminjam wang dahulu supaya dapat beli tiket murah. Kalau lambat-lambat pasti makin mahal.

Pukul 11.15 pagi aku hubungi sahabatku kebetulan dia berada di KL Sentral untuk bertanyakan kaunter Penerbangan MAS harga tiket. Selama setengah jam aku menanti aku kembali menelefon sahabatku.

Aku : Salam. Apa macam??
Sahabat : Wasalam. Tiket ada harganya RM25++
Aku : Ooo. Ok.. (agak murahlah bisik hatiku). Terima kasih..

Pukul 1.15 petang aku segera bergegas ke KL Sentral untuk membeli tiket. Setiba di kaunter.

Staff MAS: Selamat Petang Encik. Nak ke mana?
Aku: Korea. 24/7 hingga 2/8
Satff MAS: harganya RM23++
Aku: Yeke? Murah gak.. Betul ke 2/8 tu??
Staff MAS: ooo.. 2/8.. Ingatkan 20/8.. Kejap ya... Semuanya RM40++
Aku: Ha??? (Muka terkejut beruk).. Mahalnya..
Staff MAS: Kalau nak murah sikit amik 3/8 lah.. RM26++ je..
Aku: (Berfikir panjang...) Ermm.. Macam mana ek?? Takpalah saya amik yang 3/8 lah..

Tanpa buang masa aku terus sambar tiket 3/8. Cadang nak balik sebelumnya tapi apakan daya mahal sangat tiketnya. Tapi yang penting sekarang aku dah beli tiket. Cuma memikirkan mahu bayar balik je.. huhuh...

Thursday, July 16, 2009

Misi Tandatangan

(Gambar Hiasan)

Misi hari ini bermula. Semalam minta borang cuti ingat semua tandatangan dah boleh dapat. Tapi aku kena uruskan beberapa perkara dahulu baru boleh mendapatkan tandatangan tersebut. Maka hari ini semua yang dikehendaki telah ada maka aku mulakan operasi mendapatkannya. Aku berjaya mendapatkan satu tandatangan. Tetapi aku perlu mendapatkan lagi 6 tandatangan untuk lulus aku punya cuti. Jadinya hari ni dapat 1 je. Hampa sebentar. Takpa hari lain ada lagi. Sabar ya...

7 hari lagi...

Tuesday, July 14, 2009

Beberapa Hari Lagi


8 hari lagi aku akan melangkah ke Korea lagi. Setakat hari ini aku masih belum mempunyai dana yang mencukupi untuk ke sana. Mahu tidak mahu aku nak ke sana lagi. Mungkin kali ini pengalaman lebih menarik dan berbeza. Jika tidak ada dana juga sehingga tarikh aku untuk terbang aku sedia membuat pinjaman peribadi demi perjalanan ini berjalan lancar. Mungkin ada yang tidak setuju dengan tindakanku ini. Tidak apalah disebalik itu masih ramai yang memberikan dorongan dan sokongan untuk meneruskan misi ini.

Esok nak gi minta cuti dari menghadiri kuliah selama lebih kurang 7 hari tidak termasuk hari cuti. Doakan agar dipermudahkan. Belum apa-apa akak-akak kat GO dah mintak cenderamata.. Ermm.. Ongkosnyer??? hehe..

Tuesday, July 07, 2009

Makna Cincin

Beberapa hari lagi kuliah akan bermula. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Beberapa minggu lagi aku akan ke Korea lagi kali ini dengan misi lebih mencabar. Jika dahulu aku hanya pergi di sekitar Seoul tetapi kali ini lebih dari 5 daerah untuk menjejaki dan mendokumentasikan komuniti Muslim di Serata Korea ini. Tapi dana masih lagi belum mencukupi. Sesiapa yang ada potensi penyumbang yang sanggup membantu boleh lah emel aku di kamyap@gmail.com.

Macam biasa internet masih kandas lagi. Kerap ke CC. Banyak gambar klien tak muatnaik lagi. Takpa pelan-pelan kayuh. huhu


Wedding

Kali ni nak muat naik gambar cincin yang membawa banyak makna.. huhu
Cincin yang bawah ni bermaksud mereka sudah menjadi pasangan suami isteri..

Majlis Pernikahan Mazidah, Segambut

Majlis Pertungan Ain, Kepong

Yang atas ni pula membawa maksud sudah dipinang.. Jangan kacau.. huhu.. Apa-apa pun tahniah kepada pemilik cincin ini..