Sunday, August 30, 2009

Menu Ramadhan.. Nyummm!!!

Beberapa hari ini aku sempat masak sendiri kat umah sewaku ini. Selalunya beli je.. Banyak duit abis wo.. Maka hari ini kongsi sikit apa yang aku telah masak. Roti John Sardin dan Kentang Goreng Bujang. Kalau tengok gambar-gambar tu rasa memang banyak aku buat. Tapi percaya atau tidak aku telah habiskannya seorang. Kerana semua rakan serumah balik kampung. Arini berbuka sorang2. Maka aku habiskannya sorang2.

Insyallah dari semasa ke semasa aku akan kongsi lagi menu-menu sepanjang Ramadhan ni yang aku buat. Impian aku selepas ini nak buat Mee Bandung Muar sebanyak yang boleh dan berikan kepada jiran-jiran rumah sewaku sebelum aku pulang bercuti nanti.

Kadang-kadang kita tidak sedar kita ada melakukan kesilapan sengaja atau tidak sengaja kepada jiran-jiran kita. Maka aku ingin gunakan peluang ini mengunjungi jiran-jiran bawa makanan serta bermaaf-maafan.

Sesiapa nak rasa mee bandung aku masa Ramadhan ni, boleh lah buzz aku supaya aku dapat bajet berapa banyak nak buat. hehe..

Saturday, August 29, 2009

Salam Ramadhan


Assalamualaikum semua..
Sejak balik dari Korea blog ni tak update2. Balik-balik Malaysia saja sudah banyak perkara yang menungguku harus diselesaikan. Sehari sampai je aku terus ada ujian kulliyyah. Fuh, menggigil tu menjawab dengan persedian yang kurang. Insyallah dipermudahkan.

Hari demi hari aku tempuh dengan tabah diselitkan lagi dengan pelbagai aktiviti sehingga masuknya bulan Ramadhan yang mulia ini. Oleh itu, rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Ramadhan kepada semua. Selamat menjalankan ibadat puasa dengan suka hati tanpa paksaan. Pelihara nafsu dari makan dengan dengan banyak. Bila makan banyak kemalasan membuak-buak dalam diri membuatkan segala kewajiban terbantut di pertengahan jalan.

Gambar kat atas tu jangan tergiur pula. Itu makanan korea yang aku namakan sendiri Sup Labu. Tapi ia tidaklah seperti sup sangat kerana pekat macam pengat tapi sedap. Kalau nak meh datang cuba kat Korea ni.. Hehe..

Insyallah akan update selalu selepas aku aktifkan WiMAX yang sangat laju ini.

Tuesday, August 04, 2009

Dah Balik

Alhamdulillah aku telah selamat sampai di KLIA pada jam 4.30 petang. Lebih kurang maghrib baru sampai rumah. Mandi dan solat terus pergi ke UIA untuk mendapatkan nota-nota pelajaran yang tertinggal selama 10 hari aku tiada di Malaysia.

Sebuah perjalanan yang mencabar fizikal dan mental tetapi aku seronok bersama-sama melihat keindahan Islam di bumi Korea. Insyallah aku dan rakan-rakan kembara akan cuba menyiapkan sebuah buku hasil pengembaraan ke lima buah negeri di bumi Sonata ini.

Paling penting aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Saudara Kamil, Saudara Afif, Saudara Syamim, Saudara Umar kerana menerima kunjungan aku dan Suhail dengan hati yang terbuka. Moga apa yang kita rencanakan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita.

Insyallah jika ada kesempatan aku juga akan menulis perjalanan sepanjang 10 hari berada di sana. Tapi sekarang tak boleh lagi sebab esok ade ujian. huhu...