Saturday, October 31, 2009

Selamat Ber "Imtihan"

Dia datang lagi
Nak sambut ke tidak
Nak tak nak kena sambut juga
Masalahnya bersediakah aku menyambutnya
Perlu persediaan yang rapi
Disamping itu juga ada perkara yang perlu diselesaikan
Kalau tidak, kena marah aku
Maaf atas kelewatan
Agar mereka faham
Bahawa diri ini tidak mampu
Untuk melakukannya serentak
Itulah Imtihan akhir semesterku
Juga kerja pelangganku yang tertangguh

Ucapan kepada sesiapa yang berkenaan
Selamat ber imtihan
Buat sebaiknya
Bersedia untuk tidak bersedia
Buat apa sahaja anda rasa wajar
Untuk kejayaan diri anda sendiri
Mesej ini untuk aku juga

huhuhu

Sunday, October 25, 2009

Papadom - Wajib Tonton

Jiwa aku memberontak nak pergi tonton gak. Aku cuba ajak kawan-kawan tapi mereka semua kebanyakannya dah tonton, ada yang sibuk, macam-macamlah. Ini tak boleh jadi. Aku nak tonton gak. Maka tanpa buang masa aku pergilah sorang-sorang. Peduli apa orang nak kata. Sampai-sampai kat pawagam terus beli tiket. " Bang, papadom pukul 2.00 petang ada tak?", kataku . Dengan muka bersahaja dia kata, "Dah habis dik". Bengkek je.. Aku tanya balik takkan takda. Nasib baik dia cakap ada lagi. Tapi tempat duduk depan. Aku cakap takpa. Aku nak tonton gak. Tetiba ada satu tempat kosong sebelah tepi atas. Nasib baik.

Masuk pawagam. Duduk sebelah mamat dan minah yang asyik ketawa. Entah apa yang kelakar. Filem tak tayang lagi. Pedulikan. DAh mula dah. Aku nak tonton ni. Mula-mula dah kelakar... Sedih sekejap. Ketawa balik. Sedih lagi. Memang spontanlah pelakon-pelakonnya lagi-lagi Papa, Shukor, Wajib Tayang... Abis dah.

Apa aku nak cakap kat sini, memang terbaik cerita ni. Tahniah Afdlin. Berjaya melakonkan watak Papa dengan jayanya. Sesuai untuk semua tontonan umum terutamanya papa dan anak. Sebab itulah sejak kahir-akhir ini aku tidak kisah untuk menonton filem-filem melayu kat pawagam. Ada gak yang tak setuju. Kata filem melayu takda kualiti. Tengok dululah baru komen.. hehe.. Aku puas sekarang.. hahahahahah..

Dah-dah.. Nak periksa ni.. Jangan main-main lagi.. huhu

update 26.10.09 - 9.13 pagi

Tuesday, October 20, 2009

Edisi Angka Bertambah

Bila aku menggunakan status "angka bertambah" ramai yang bertanya kepadaku. Mereka membawa maksud yang pelbagai. Ada yang bertanya,

"ni angka awek dah bertambah ke?", "ko nak kawen empat ke?", "Kau dah tua ke?"..

Macam-macam lah pertanyaan mereka. Tapi aku sudah menjelaskannya. Maka aku nak jelaskan lagi sekali yang hari ini ulangtahun aku ke..... (18 kot).. hehe.. Cari sendiri..

Di sini aku nak ucapkan terima kasih ucap selamat hari lahir kepadaku. Banyak ucapan dan nasihat yang mana sedikit sebanyak mengingatkan aku erti persahabatan. Teruskan kekalkan hubungan persahabatan ini menjadi erat walau di gunting oleh mapley, walau dikarate, ditetak dan apa segalanya tidak akan putus hubungan ini. Terima kasih sekali lagi.. Sesiapa yang nak bagi hadiah lagi masih ada lagi masa aku alu-alukan.. hehe.. Kalau malu buzz aku.. Nanti aku gi amik sendiri.. huhu

_____________________________________________________

Akan datang....

Majlis Pertunangan Nurul & Saiful (Muar, Johor)


Resepsi Afham & Ain Najwa (Putrajaya)

Wednesday, October 14, 2009

Convest 09 (Aku menang)

Majlis Konvokesyen UIAM baru saja melabuhkan tirainya. Banyak perkara menarik yang aku lakukan sepanjang Convest ni.

- Jadi Komiti Seminar & Forum Women Issues
- Tangkap gambar orang grad
- Jumpa senior2 lama
- Masuk pertandingan Fotografi
- Show di Malam Simfoni Kesyukuran (Backup Raihan lagi tu.. Last minit Assignment)

Apa yang membuat aku gumbira kali ini ialah aku menang tempat ke-2 dalam pertandingan fotografi tu.. Kalau lihat gambar kat atas tu salah satu gambar yang aku hantar dalam pertandingan tu... Alhamdulillah.. Tak sangka pula..

Aku juga nak ucapkan kepada semua yang aku kenali telah bergraduasi tahniah aku ucapkan terutamanya kepada junior2 aku yang grad sebelum aku... huhu..

Wednesday, October 07, 2009

Good Luck Ayu

Hari ni Adek aku Ayu dah mula peperiksaan PMR.

Maaf lah tak dapat nak hubungi.
Kau pun kat asrama sekarang.
Nak hubungi pun susah.
Aku kat sini hanya mampu berdoa.
Buat yang terbaik untuk diri kau dan Mak Abah.
Lawan dengan aku punya keputusan. huhu..
Banyakkan doakan pada yang ESA..

Maat Taufiq wan Najah!!!
Fighting!!!
Chaiyok!!!
Good Luck!!!

Saturday, October 03, 2009

Awe dah Kawen

Memang susah buat dua kerja dalam satu masa. Hari ini aku diuji. Tugas menjadi tukang ambil gambar untuk Majlis Kenduri Awe dan Afham dan dalam masa yang sama aku ada midterm di UIA. Tak tahu nak bahagikan masa macam mana. Tapi aku gagahkan juga menghadiri kedua-dua. Terima kasih juga pada Shazni mebantu aku seharian.

Dari malam tadi aku dah menembak si Awe dan Afham ni. Selamat diijab kabulkan. Hari ini majlis dilangsungkan dengan begitu meriah sekali. Oleh itu, Aku dan kawan-kawan Serambimaya nak ucapkan selamat Pengantin baru kat Awe dan Afham. Selamat menempuh alam kekeluargaan.

Kawan-kawan yang tak sempat hadir majlis mereka. Tengok gambar mereka ni puas-puas..