Monday, June 11, 2012

Sudah Pindah Laman

 
Untuk makluman blog ini akan tidak aktif lagi kerana akan berpindah ke laman yang baru atas sebab-sebab tertentu supaya memudahkan perjalananku pada masa akan datang. Ianya tidak bermakna blog ini akan ditinggalkan terus. Aku akan cuba kemaskini tetapi yang utama di laman yang baru.
Ada berita atau tidak itu tidak dapat dijangka lagi... hehe

Sila lawati laman baru ku

Tuesday, April 24, 2012

TIDAK rasa bersalah

Gambar sekadar hiasan

Dalam situasi yang memerlukan kita untuk membuat sesuatu keputusan lebih-lebih lagi hanya diberi satu pilihan memang sukar sebenarnya untuk kita melakukannya. Saya selalu menasihati kawan-kawan yang menghadapi masalah dalam membuat keputusan yang terbaik. Selalunya saya akan berkata kepada mereka, “Anda harus belajar bagaimana untuk mengatakan TIDAK tanpa rasa bersalah”. Dengan mudah nasihat ini saya lafazkan pada mereka.
 
Tetapi apabila situasi ini terjadi kepada diri saya, ternyata ianya tidak semudah yang disangkakan untuk membuat keputusan yang tepat. Nasihat yang saya berikan kepada kawan-kawan seperti menghantui saya. Benar, untuk membuat sesuatu keputusan seperti ini perlu ada kekuatan diri yang jitu, perancangan yang terbaik. Pada waktu inilah sokongan dari kawan-kawan rapat kita sangat membantu.

Ternyata sehingga saat ini saya masih belum mampu untuk melafazkan perkataan TIDAK terutamanya bila berada di situasi yang kadang-kadang kita sangat kasihan. Apa yang mampu saya buat sekarang ialah saya banyak mendiamkan diri dan memerhati keadaan sekeliling. Saya tidak perlu bersuara sampasi satu tahap jika saya benar-benar tidak mampu menahannya saya akan tinggalkannya dalam keadaan yang kadang-kadang menzalimi diri orang lain juga diri kita.

Perkara yang paling utama ialah ALLAH jua tempat mengadu domba mohon petunjuk jalan terbaik untuk meneruskan hidup di dunia dan akhirat.


24 April 2012, 1.17 pagi
Villa Pejuang Muda

Friday, February 17, 2012

Saat..



"Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu yaitu nikmat sehat dan waktu lapang."
(HR Bukhari)