Monday, October 01, 2007

DIA yang Menentukan

Alhamdulillah, setelah hampir beberapa bulan aku tidak menyentuh serta menjenguk blog ku ini, akhir tergerak hatiku untuk berbicara. Tetapi bukan bicara yang berat-berat.

Sepatutunya pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas aku mengikuti satu program yang telah dirancang agak lama. Namun apabila DIA yang menentukan segalanya program itu terpaksa dibatalkan atas beberapa faktor yang rasanya kadang-kadang tidak munasabah.

Mungkin ini peluang yang DIA berikan untuk aku pulang ke kampung yang rasanya sudah lama aku tidak pulang. Tanpa fikir panjang aku segeara menelefon emakku di kampung bahawa aku akan pulang. Tujuan lain aku pulang pun sebab dah lama mengidam bubur lambuk emak. Alhamdulillah sampai-sampai je rumah juadah berbuka ialah bubur lambuk. Gembiranya aku. Mau-mau sehingga 4 pinggan aku tambah bubur lambuk tu. Yelah, mengidamlah katakan. Dah macam orang mengandung pula. Nasib baik tidak terkeluar isi perut.

Emak aku pun sebenar nya sejak beberapi hari ni asyik termimpi-mimpi kan aku. Emak cakap "dua tiga hari ni mak asyik mimpi ade orang panggil-pangil. Tengok-tengok Hakim". Itulah naluri seorang ibu. Itu yang mungkin membuatkan aku terpanggil untuk pulang. Kasihnya ibu.. Memang sedap buburlambuk tu..

Selamat Hari Lahir Emakku (30 September 2007)

No comments: