Monday, August 04, 2008

Durian oh Durian

Apabila bercakap pasal durian mesti ade yang suka dan ade yang tidak suka. Bagi saya kalau cakap pasal durian, memang saya obses sedikit pasal durian ni. Seperti orang yang mengidam masa tengah mengandung (tapi tidak mengandung). Beberapa minggu lepas saya dapat panggilan daripada emak suruh saya balik kampung. Ayat emak, "rumah mokteh buat kenduri besar-besaran, datang lah tolong. Ada durian ni takda orang nak habiskan ni...". Bila dengar ada durian je apa lagi segeralah aku balik. Bila kawan-kawan tanya kenapa balik, sebab nak abiskan durian.. Ini kat rumah pakcik saya. Banyak kan. Kalau bila waktu perut saya tengah kosong hampir sepuluh biji saya boleh habiskan sekali jalan. tak tengok lagi pakcik dan makcik saya kat dalam rumah. Boleh dikatakan pesta durian lah masa tu. Cuma tidak sempat ketik gambar mereka sebab tgn dah penuh durian.


Ini pula kat satu tempat di Gombak. Kebetulan lau di kawasan itu ternampak iklan bayar RM10 boleh makan apa sahaja tanpa had. Makan sampai lebamlah saya katakan. Saya makan sampai tidak larat sebab sebelum itu perut sudah agak penuh. Saksikanlah wajah-wajah pengunjung yang sempat saya ketik gambar mereka khusyuk menikmati penangan durian ni.

No comments: