Monday, September 22, 2008

Tua Sebelum Masanya

Beberapa hari ini aku menghidapi satu penyakit yang agak ganjil bagi orang muda untuk menghidapinya. Tetapi ia telah terjadi kepada diriku. Sakit yang amat. Bila jumpa sesiapa saja pasti mereka akan cakap, "muda-muda dah kena penyakit ini, bukan ke orang tua je yang patut kena." Terus lemah semangat dengar ayat-ayat macam ni. Tapi tidak mengapa aku ambil iktibar daripada kesilapan aku sendiri. Nak tau penyakit tu...... "GOUT"..... Sakitnyer.... Inilah padahnya apabila semua makanan ditelan. Tak ingat dunia....
Biarlah aku cerita sedikit apa yang dimaksudkan dengan gout ni.

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. Sila lihat: Metabolisme asid urik
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan
usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi. Kadang kala, gout merupakan penyakit keturunan.

Tanda dan gejala tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.
Gout biasanya menyerang
ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.
Pesakit-pesakit dengan
hiperurisemia (sila lihat di bawah) boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.

Nak tau lebih lanjut sila klik sini.

Bila dah jadi macam ni terpaksalah berpantang makan lah.. "No seafood!!!", kata doktor. Jadi aku nasihat kepada rakan-rakan semua makanlah dengan teratur. Berhenti sebelum kenyang... hehhe...

DOAKAN AKU MOGA CEPAT SEMBUH!!!!!

6 comments:

Akmal Hisham Abdul Rahim said...

Salam.

Hmmm....mendoakan cepat sembuh. Apapun terima kasih kerana memberi maklumat mengenai gout....rasa ramai yang tak tahu penyakit ini....

pendek kata....NO SEAFOOD...atau NO SEE FOOD :)

Anonymous said...

Sabar banyak2 k..
mgkn tuhan sygkan ko..
dia nk cegah dari awal..:)

Dendei said...

salam....

ingat lagi time ko ziarah ayah aku kat hospital dulu....dia pon sakit gout gak time tu...seminggu terlantar kat rumah...

bila tengok ko ri2...teringat kat ayah aku...

time gout dia dtg, mula la xleh makan itu ini...xleh tdo malam...x leh byk jalan2 sana sini...

tapi, tu lah yg aku heran...

ayah aku da berumor...ok la...

tp ko???

huhu...jgn kecik ati...pengajaran utk ko...pasni jaga makan tu sket....eh, banyak....huhu..

moge cepat sembuh bos....(n_n)

Unknown said...

To akmal: wasalam... terimas atas doa... lepas xleh mkn siput babi gak lh... hehehe...

To anonymous: ahalah.. mungkin kurang damping dengan NYA...

To a.k.u: wsalam.. aha.. bapak ko dulu pn gout gak kn... kirenye aku ni tua sblum masenye lh ye...

alifzaimimra said...

penerangan ttg gout sangat terperinci. macam penerangan budak sains. hehe..blh wat nota ni. :D

alifzaimimra said...

oh ya..moga cepat sembuh. :)