Thursday, October 23, 2008

Terharu

Sebenarnya hari lahir aku (19 Oktober 2008) sudah beberapa hari berlalu. Tiada majlis untuk menyambut ulangtahun kelahiran aku ini. Hanyalah mesej pesanan ringkas dari keluarga & sahabat-sahabat mahupun yang jauh dan yang dekat. Terima kasih ku ucapkan kepada semua yang mendedikasikan ucapan kepadaku. Terima kasih juga kepada maxis memberi panggilan percuma di hari lahirku. Dapat juga aku menghubungi teman-temanku.
Tetapi hari ini aku rasa terharu kerana tidak kusangka-sangka terhidang sebuah kek yang dibuat oleh adik Syira. Sebenarnya kek itu saja Syira buat untuk dijamu kepada teman-teman di GPTD. Mungkin kebetulan hari lahirku hampir, walaupun aku rasa dah agak lewat untuk disambut aku didesak oleh teman-teman supaya memotong kek tersebut.

Pada masa yang sama aku didendangkan lagu ala-ala hari lahir oleh Bro. Yusni (Usratika). Makin lah rasa terharu diriku ini. Rasa macam nak mengalirkan air mata masa tu jugak. Tapi tahan je. Hehe.. Tapi sayang temanku sorang lagi tiada (Shazni). Kalau dia ada bolehlah kita sambut sama-sama kan, walaupun hari lahir kami berbeza hanya beberapa hari saja. Xpelah Shazni, ni gambar kek untuk tatapan kau.. Huhu..

Apa-apa pun aku terharu & gembira hari ini. Terima kasih sekali lagi kepada teman-teman yang sentiasa bersamaku. huhu...

p/s - Sedap kek tu. Nanti bolehlah buat lagi untuk kita orang ye Syira... Hehehe..

Untuk itu aku dedikasikan video klip "Terharu - Jamal Abdilah & Mawi" untuk korang semua.

2 comments:

Akmal Hisham Abdul Rahim said...

Laa.....awat tak beritahu!!!

SELAMAT HARI LAHIR HAKIM....awat tak Tubek ngoyak kat kawe....

Unknown said...

xpelah.. lain kali ngoyak, boleh blanje kawe.. hehehe..