Saturday, April 25, 2009

Bangunan Sultan Abdul Samad

Beberapa hari lepas aku dapat panggilan dari adikku yang berada di kampung. Rasa cemas. Mungkin ada apa-apa berlaku. Nasib baik tiada apa yang berlaku. Adikku hanya minta aku untuk mendapatkan beberapa keping gambar bangunan bersejarah untuk disiapkan dalam kerja kursusnya. Dia mencadangkan bangunan Sultan Abdul Samad.

Maka kebetulan hari ini aku percuma sekejap aku terus bergegas ke bangunan tersebut untuk mendapatkan beberapa keping gambar. Apabila sampai di sana aku terasa seperti gaya seorang pelancong yang jakun macam x pernah lihat bangunan itu. Setiap sudut aku tangkap. Kebetulan di situ ramai juga pelancong yang datang.

Peduli apa aku, yang penting aku tidak mahu mengecilkan hati adikku aku pergi juga tangkap. Aku harap dia berpuas hati. Itulah sedikit gambar yang sempat aku muatnaik selepas tangkap tadi.

4 comments:

3p4h said...

Wah, mantop2. Nmpk gaya da strt shoot building plak ya... He5... Ko gna mood 'faithful' ke 2?

kamyap said...

to epah:

hehe.. kebetulan je tu.. tapi mmg nk try shoot... aku pkai mode AV je.. cma naikkn apeture lbih skit... huhu.. bile nk shoot same ni..??

3p4h said...

Aku dtg slasa nih..Nantikan... Hehehe... (nk kne bw tripod la eh, sng skit nk shoot)

kamyap said...

boleh saje.. nak sampai kasi tau..