Sunday, April 19, 2009

Kemeriahan Book Fair 2009

Semalam aku berkunjung ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Pesta Buku Antarabangsa 2009. Baru hari kedua tidak aku jangkakan begitu ramai orang yang berkunjung ke sana. Terlalu sesak. Walaupun dalam kegawatan ekonomi aku yakin ilmu setiap orang tidak akan gawat malah mereka sanggup berhabisan ribuan ringgit semata-mata untuk menyerbu pesta buku ini. Ini adalah sebuah pengorbanan yang bagus.

Lihatlah ramaikan pengunjung. Tapi aku jangkakan hari ini akan lebih ramai orang kerana hari ini hari minggu. Peduli apa mereka, yang penting ilmu mereka bertambah.

Singgah sebentar di gerai Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) menawarkan hadiah yang lumayan jika anda membeli buku di situ jika anda bertuah. Kereta Myvi tu..

Terserempak dengan sahabat kebetulan dia bekerja di booth itu. Boleh bg diskaun bang...huhu


*/ Hari ini Usratika akan membuat persembahan di Pentas Legar Pesta Buku pada jam 4-6 petang. Ajak ramai-ramai datang saksikan..

No comments: