Monday, June 15, 2009

Sabar itu Perlu


Rabu lepas aku bersama grup diskusiku telah bersama-sama menbincangkan satu topik yang biasa kita dengar tapi sejauh mana kita mampu melaksanakannya dengan baik sekali. Topik yang dibincangkan ialah "Sabar". Setiap orang mengeluarkan pendapat masing-masing tentang sabar ini. Mampukah kita bersabar dengan semua perkara?

Pagi jumaat aku diuji dengan kesabaran juga. Dompetku hilang. Jam sudah menunjukkan jam 8.00pagi. Kelas sudah bermula. Hari itu juga ada pembentangan. Puas mencari seluruh rumah sewaku yang kecil itu. Tapi apakan daya tidak jumpa juga. Kesabaranku mula tercabar. Tapi aku biarkan saja. Aku mencapai kunci motor dan segera ke kelas. Tak nak pikir dulu pasal dompet ni. Habis kelas biasalah sarapan dulu bersama-sama rakan sekelas. Nasib baik rakan serumah aku bagi duit RM10.00 sebelum aku kuar tadi. Kalau tidak, makan pisang percuma yang diberikan makcik warong. "Nah nak, makan ni pisang free", kata makcik warong itu.

Selepas sarapan aku balik rumah cari lagi. Maka memang sah hilanglah jawabnya. Lepas Jumaat aku gi balai polis buat repot. Lepas tu kenalah pergi JPN kalau tak jadilah aku warga asing di bumi sendiri. Maka melayang duit lagi walaupun dah hilang dompet. Pergi JPJ pula, tidak bawa gambar. Malas nak tunggu balik umah. Dalam masa yang sama mintak tolong kawan dapatkan nombor telefon bank, terus aku hubungi semua bank blok kad aku. Selaesai kerja. Masa itu juga kena balik Muar, maka baliklah aku berbekalkan duit gaji aku yang ada (nasib baik dah pindahkan, kalau tak lesap dengan dompet sekali).

Antara barang yang hilang di dalam dompet itu:
- Kad Pengenalan
- Lesen Memandu
- Kad ATM
- Kad Matrik UIA
- Kad Touch n Go
- Resit Minyak, pos dll.
- Kad Perpustakaan Sek. Men.
- DLL

Sepanjang hari itu, kesabaran aku diuji. Jadi aku teruskan bersabar dan redha dengan segalanya. Tidak ada apa yang perlu aku kesali kerana kelalaianku sendiri. Maka banyaklah aku terima mesej dan ucapan sering diungkapkan perkataan sabar dan redha. Terima kasih semua yang bersimpati.

Firman Allah S.W.T:
DAN MINTALAH PERTOLONGAN (KEPADA ALLAH) DENGAN JALAN SABAR DAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG. DAN SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU AMATLAH BERAT KECUALI KEPADA ORANG-ORANG YANG KHUSYUK.
(Surah al-Baqarah ayat 45)

No comments: