Saturday, October 03, 2009

Awe dah Kawen

Memang susah buat dua kerja dalam satu masa. Hari ini aku diuji. Tugas menjadi tukang ambil gambar untuk Majlis Kenduri Awe dan Afham dan dalam masa yang sama aku ada midterm di UIA. Tak tahu nak bahagikan masa macam mana. Tapi aku gagahkan juga menghadiri kedua-dua. Terima kasih juga pada Shazni mebantu aku seharian.

Dari malam tadi aku dah menembak si Awe dan Afham ni. Selamat diijab kabulkan. Hari ini majlis dilangsungkan dengan begitu meriah sekali. Oleh itu, Aku dan kawan-kawan Serambimaya nak ucapkan selamat Pengantin baru kat Awe dan Afham. Selamat menempuh alam kekeluargaan.

Kawan-kawan yang tak sempat hadir majlis mereka. Tengok gambar mereka ni puas-puas..

2 comments:

MuhD NoR AzyM said...

Kau bila lagi? =)

kamyap said...

lambat lagilah... ko tu.. ade pn dh ade.. huhu