Monday, November 02, 2009

Tak Cukup Lagi ke Islam ni?

Aku marah betul
Ganggu emosi di waktu Imtihan ini
Esok nak Imtihan
Macam air ia masuk
Masing-masing nak sibuk
Sana ada sini ada
Masih tak cukup lagi ke
Islam ni tak cukup lengkap ke
Yang ada pun tak terbuat
Itulah Hari Halloween


Inilah keluhan aku. Esok aku ada peperiksaan ni. Tapi emosi aku memberontak menyatakan tidak puas hati. Dah lama nak tulis pasal masalah ini. Kebetulan terbaca artikel yang ditulis oleh SaifulIslam.com. Bercerita tentang ini juga.

Banyak emel masuk dah macam air dalam peti masuk emelku. Masing-masing nak ucap Hari Halloween. Kalau anda tinjau-tinjau, banyak kelab-kelab hiburan, rangkaian talian dan macam-macam lagi sibuk nak sambut. Takpalah kalau pemiliknya memang beragama Kristian. Mungkin itu hak mereka. Tapi yang Muslim ni tak payah lah sibuk. Aku pun tak paham dengan mereka-mereka ini semualah. Terutamanya muslim kita sendiri. Tak cukupkah Aidilfitri dan Aidiladha yang kita sambut setiap tahun? Itu pun masih ada yang tak menyambutnya. Aku rasakan Islam ini cukup lengkap dah. Tak payahlah nak sambut hari yang kita tak asal usul dia baik atau buruk. Kekalkanlah cara hidup sebagai seorang muslim ini.

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya kamu akan menurut langkah orang terdahulu dari kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah bila mereka masuk lubang biawak sekali pun kamu turut menurutnya. Para sahabat bertanya: Adakah yang dituruti itu Yahudi dan Nasrani? Rasulullah lantas menjawab, siapa lagi kalau tidak mereka itu. [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Masih marah lagi ni. Simpan dulu untuk menjawab peperiksaan hari esok dan seterusnya. Nak maklumat lebih lanjut klik SaifulIslam.com.

No comments: