Friday, December 18, 2009

Entry Khas untuk Mohd Firdaus b Jamil


Sejak kecil lagi aku kenal budak ni. Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah kami berada di sekolah yang sama. Pergi sekolah sama-sama. Balik sama-sama. Kalau nak tahu budak budak ni memamng nakal. Kalau dia nak satu benda tu dia pasti akan dapatkan. Tapi budak ni memang bagus. Belajar pun pandai. Dulu kami selalu bersaing satu sama lain nak dapt nombor satu dalam kelas. Lagi-lagi sekolah rendah. Memang banyak memori dengan dia ni.

Tapi selepas habis sekolah kami membawa haluan masing-masing. Kami jarang berjumpa. Kalau balik kampung pun memang susah juga nak berjumpa. Dek kesibukan kerjayanya dan aku kuliahnya. Tapi itu tidak bermakna hubungan kami semakin luput. Tak bermakna kami dok jauh kami bergaduh. Kami masih sahabat.

Esok tarikh keramat bagi budak ni. Budak ni akan diijabkabulkan esok. Pengaharapan dari dia untuk aku menghadiri majlis perkahwinannya tidak dapat aku tuntuti kerana kesibukan di sini. Oleh itu aku nak ucapkan kat kau selmat menempuhi alam keluarga dan menjadi suami yang soleh kepada isteri kau. Aku doakan kau bahagia hingga akhir hayat kau. Bukan sengaja aku tak mahu datang. Maafkan aku.

No comments: