Friday, December 11, 2009

Hentikan Membuang Sampah dari Kenderaan



Dua minggu lepas, aku dari kampung ingin ke sebuah bandar. Kebetulan ada satu keluarga ini ingin menuju ke tempat yang sama. Maka aku diizinkan tumpang menaiki kereta mereka. Sampai separuh perjalanan kami berhenti di stesen minyak. Selepas mengisi minyak kami berhenti sebentar di tempat meletak kereta tetapi tidak keluar.

Maka bermulalah adegan yang mengejutkan mata aku di dalam kereta ini. Si ayah menyuruh anaknya membuang botol yang berada di dalam kereta di dalam tong sampah berhampiran dengan tempat letak kereta itu. Tanpa berfikir panjang si anak ini terus mencampakkan botol itu keluar dari kereta. Yang mengejutkan aku ialah dia mencampakkan ke atas jalan raya seolah-olah tidak nampak tong samapah yang berada di sebelahnya. Orang di sekeliling yang melihat adegan itu turut tidak berpuas hati sehingga menggelengkan kepala dan bercakap-cakap seolah mengutuk perbuatannya. Pada masa itu juga dia dimarahi bapanya.

Apa yang aku dapat lihat, nilai adab itu perlu diterapkan ketika masih kecil lagi supaya tidak membawa ke hari tua yang hanya menyusahkan orang lain.

Kali ni aku nak tag mereka ini:-

1. Zaki Adon
2. Fana
3. Arekyz



Berikut adalah langkah-langkah menyertai kempen ini. Mudah saja. Kami menggunakan kaedah tag game.

  1. Sila ambil kod poster yang dipamerkan nanti.
  2. Tampal kod tadi ke dalam satu entri di blog anda.
  3. Entri tadi mestilah mengandungi sebarang kisah bebas mengenai ADAB yang dipromosikan dalam poster tadi.
  4. Maklumkan kami dengan mengunjungi BLOG KEMPEN dan tulis dalam ruangan KOMENuntuk beritahu link entri tadi.
  5. Jangan lupa letak banner kempen di sidebar blog anda.
  6. Tag 3 orang daripada rakan pemblog anda untuk tujuan sama.

2 comments:

Iwan said...

Very true and some people just do not care about this adab anymore. Perhaps, it is time to introduce Pelajaran Tatarakyat in our education system and encourage the school kids to do kerja "gotong royong" to clean up the areas..be it kampung or bandar. More importantly, while in the car all parents to remind the kids not to simply throw away the samaph out of the window. Would be more than happy to support this campaign !

kamyap said...

to Iwan: Thank you coz support this campaign. It's true what you said. I tought some Malaysian nowadyas lack of ethics. Lets us together make chages.. Nice to know u.. Keep in touch...