Sunday, July 31, 2011

Sekolah Ramadhan


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" [Al Baqarah:183]
Jelas pengertian ayat al-quran di atas bahawa setiap orang yang beriman wajib berpuasa untuk mencapai taqwa dalam diri. Pernahkah kita tanya sama iman adakah sekolah-sekolah Ramadhan yang kita lalui beberapa tahun ini tercapai taqwa yang kita mahukan atau ia hanya sekadar memenuhi masa lapang kita.

"Berapa banyak orang yang berpuasa, tiada apa daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga" Sunan Ibn Majah

Kata Ustaz Hasrizal dalam bukunya Transformasi Ramadan, bulan Ramadhan adalah bulan latihan. Pada pendapat saya ia memang benar. Bulan ini ialah bulan untuk melatih kita melakukan kebaikan bukan pada bulan ini sahaja malah pada bulan-bulan akan datang. Memang tidak dinafikan segala perbuatan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan mendapat pahala lebih berganda. Tetapi ini tidak bermaksud kita tidak perlu melakukan perkara-perkara tersebut pada bulan lain.

Biasanya bulan Ramadhan kita banyak bersedekah. Maka jadikan ianya sebagai latihan untuk kita ringan bersedekah di bulan-bulan lain. Jika kita boleh bangun awal untuk bersahur Insyallah selepas ini kita mampu untuk bangun malam solat sunat. Banyak lagi perkara baik yang kita boleh berlatih pada bulan ini untuk diamalkan secara berterusan pada bulan seterusnya.


Sekolah ramadhan




Perkara sunat yang boleh dilakukan dalam bulan Ramadhan ini:

1. Tilawah - Gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk membaca al-Quran serta menghayati maksudnya untuk rujukan dalam hidup kita.

2. Tarbiyah - Dikala syaitan diikat mudahlah untuk kita mendidik jiwa menahan hawa nafsu dari melakukan sebarang maksiat.

3. Ta'alim - Ternyata bulan ini banyak sekali ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Maka hadirlah dengan hati yang terbuka niat untuk menuntut ilmu.

4. Taadib - Jaga adab. Sentiasa bersopan santun dalam melakukan sesuatu perkara.

Apa yang penting di sini ialah Istiqomah. Perlunya perngorbanan dalam diri untuk melakukan amalan baik ini secara berterusan. Mohon lah doa pada Allah agar hati ini tetap melakukan perintahNya.

Insyallah segala perkongsian yang baik dapat dimanfaatkan bersama. Yang kurang minta tunjuk ajar daripada semua.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK.


No comments: