Tuesday, April 24, 2012

TIDAK rasa bersalah

Gambar sekadar hiasan

Dalam situasi yang memerlukan kita untuk membuat sesuatu keputusan lebih-lebih lagi hanya diberi satu pilihan memang sukar sebenarnya untuk kita melakukannya. Saya selalu menasihati kawan-kawan yang menghadapi masalah dalam membuat keputusan yang terbaik. Selalunya saya akan berkata kepada mereka, “Anda harus belajar bagaimana untuk mengatakan TIDAK tanpa rasa bersalah”. Dengan mudah nasihat ini saya lafazkan pada mereka.
 
Tetapi apabila situasi ini terjadi kepada diri saya, ternyata ianya tidak semudah yang disangkakan untuk membuat keputusan yang tepat. Nasihat yang saya berikan kepada kawan-kawan seperti menghantui saya. Benar, untuk membuat sesuatu keputusan seperti ini perlu ada kekuatan diri yang jitu, perancangan yang terbaik. Pada waktu inilah sokongan dari kawan-kawan rapat kita sangat membantu.

Ternyata sehingga saat ini saya masih belum mampu untuk melafazkan perkataan TIDAK terutamanya bila berada di situasi yang kadang-kadang kita sangat kasihan. Apa yang mampu saya buat sekarang ialah saya banyak mendiamkan diri dan memerhati keadaan sekeliling. Saya tidak perlu bersuara sampasi satu tahap jika saya benar-benar tidak mampu menahannya saya akan tinggalkannya dalam keadaan yang kadang-kadang menzalimi diri orang lain juga diri kita.

Perkara yang paling utama ialah ALLAH jua tempat mengadu domba mohon petunjuk jalan terbaik untuk meneruskan hidup di dunia dan akhirat.


24 April 2012, 1.17 pagi
Villa Pejuang Muda

2 comments:

a.K.u said...

Antara entri paling panjang.. Tahniah! :p

Anonymous said...

"put our self in others shoes"

Lidah manusia tidak bertulang, dengan mudah ia berkata..
apabila diri menjadi mangsa, terduduk kita tanpa bicara..

tapi jangan risaulah kamyap!

Allah hanya akan menguji hambaNya mengikut kemampuan..
Kadang kita rasa ia berat, tapi sebenarnya ujian yang berat itu bisa kita selesaikan kerna semuanya telah d tetapkan untuk mengajar kita lebih KUAT pergantungan..

Beri masa pada diri sendiri, berbincang dengan famili, dapat pendapat peribadi kawan2, plan untuk diri, baru melangkah membuat keputusan..

kerna sekali kamyap maju, jangan difikir untuk mundur.. alang2 menyelok pekasam, biar sampai ke pangkal lengan...

atau bahasa kasarnya.. sekali kita ludah, jangan mimpi nak jilat balik! kesimpulannya, jangan menyesal dengan setiap yang telah berlaku.. kerna semuanyaaa telah d tetapkan berlaku...

Selamat Maju Jaya!