Selama 4 hari yang lepas aku telah diberi peluang oleh seorang penerbit yang aku kenal sebelum ini menyelami dunia penyiaran. Alhamdulillah penyiaran berjalan lancar yang membabitkan 13 episod. Program yang berkonsepkan Sains al-Quran membongkar isi-isi yang terkandung di dalam al-Quran dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Program ini cuba untuk menarik perhatian kanak-kanak supaya mudah memahami Sains di dalam al-Quran.
Program ini memberikan aku 1001 pengalaman yang baru dan ianya bukan mudah untuk aku mendapatkannya. Syukur kepadaNYA kerana diberikan peluang seperti ini. Lupa nak bagi tau, program ini dinamakan "Celik Cilik" yang akan disiarkan pada Februari 2009. Nantikan ya... Garenti memang best punyer....
No comments:
Post a Comment