Monday, December 18, 2006

Superhero Malaysia

Malam tadi aku berkesempatan bersama tiga orang teman untuk menyaksikan filem superhero komedi yang dikatakan akan mencecah jualan hingga RM1o juta iaitu "CicakMan" walaupun aku ade kuliah pada pukul 8 pagi keesokan harinya. Mungkin filem ini akan merubah corak filem melayu. Tetapi sejauh manakah kekuatan filem ini untuk menjadi perubahan.

Tahniah diucapkan kepada Yusri yang cuba mengarah dengan baik untuk filem ini. Melihat dari segi gambar boleh lah di sama tarafkan filem berteknologi yang lain dengan janaan imej (CGI).

Tahniah juga kepada para pelakon yang cuba membawakan watak masing-masing dengan baik sekali. Saiful Apek, Fasha Sandha, Aznil, Adlin, AC dan lain-lain lagi. Teruskan usaha anda.

Cuma yang diharapkan kepada jalan cerita agar dapat diperbaiki supaya ia tidak kelihatan sedikit membosankan di pertengahan cerita.

Saje je kritik dari hati yang ikhlas.... Aku akan tunggu kemunculan Cicakman 2... Harap-harap berhasil...

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik