Saturday, January 06, 2007

Tidak kusangka


Tetiba petang rabu dapat tepon dari abg dino suruh ambil kereta di hospital, rupa-rupanya die kena tahan kad wad kecemasan sebab patah tulang belakang. Dia terjatuh dalam jeram.Bila ziarah dia, nampak sihat, dia tetap ceria, bergelak ketawa. Ramai juga yang jenguk dia. Alhamdulillah takde langsung komplikasi pada sistem saraf. Kata dia, mungkin sebab dia pergi urut sebelum tu. Moga dia cepat sembuh.
.Surah An-Nisa' ayat 72-73 menarik perhatian aku. "Dan sesungguhnya di antara kamu ada orang yang sangat berlambat-lambat untuk ke medan peperangan. Maka jika kamu ditimpa musibah dia berkata: Sesungguhnya Tuhan telah memberikan nikmat kepadaku kerana tidak ikut berperang bersama mereka.""Dan sunguh jika kamu beroleh kemenangan daripada Allah, tentulah dia akan berkata seolah-olah tiada hubungan kasih sayang antara kamu dengan dia : Sesungguhnya kalau aku ada bersama-sama mereka, tentu aku boleh dapatkan kemenangan yang lebih besar.
"Memang sifat kita suka kata 'kalau'. Kalau aku tak pergi ke jeram tu, mesti tak jatuh. Mujur ayat ni tak terpacul keluar daripada kawan aku. Bahaya rupanya cakap 'kalau' ni seolah-olah tak redha dengan takdir.Ayat 78 seterusnya menyatakan "Di mana saja kamu berada, kematian akan tetap mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di sebalik benteng yang tinggi lagi kukuh."Hah, kalau dah ditakdirkan kawan aku tu terjatuh, memang itulah takdirnya.
Sama seperti kisah dalam quran ini, kalau memang ditakdirkan mati, tetap akan mati, sama ada di medan perang atau tidak.Jadi, sama-samalah kita mendidik diri untuk menerima nikmat dan bencana yang berlaku dalam kehidupan ini adalah takdir yang ditentukan. Benarlah kata-kata Allah...

2 comments:

Sahal Fikri said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sahal Fikri said...

ini code utk lagu tu..

[center][embed src="http://h1.ripway.com/otyc82/[Opening]IngatlahAllah.mp3" width="200" height="80" autostart="true" loop="false" hidden="false"][/embed][/center]

tukarkan tanda [ dan ] di perkataan center dan embed kepada ( dan ).. sebabnya bila tadi cuba bagi guna tanda ni takleh sbb code tu terguna pakai gak kat posting comment..