Monday, April 09, 2007

Bajet Betul !!

Maka berakhirlah peperiksaan aku pada hari Jumaat lepas. Selama beberapa hari aku berhempas pulas memastikan setiap helaian buku dan nota dapat dihabiskan supaya tidak ada subjek yang kena ulang... Sakit tu... Walaupun pelbagai tanggungjawab yang perlu diselesaikan, Alhamdulillah dengan berkatNya, Dia yang Maha Adil dan Maha Pengasih telah menentukan setiap keputusan yang telah kita rancang kadang-kadang tidak memuaskan hati kita. Tetapi setiap keputusan yang ditentukan oleh Dia ada hikmahnya. Syukur kepada Dia.

Bukannya apa, saja nak cerita kisah yang agak lucu bahkan memang lucu pun. Begini kisahnya....

Pada pagi Sabtu aku dan rakan-rakan bertandang ke sebuah sekolah di sekitar Kuala Lumpur untuk mengendalikan sebuah program di sana. Kami menaiki dua buah kereta iaitu Kancil dan Honda. Aku bersama dua orang rakan menaiki Kancil. Biasalah, memang susah Kancil untuk mengejar Honda. Kami bertiga ditinggalkan.


Nak dipendekkan cerita, kami telah sampai di pintu pagar sekolah tersebut. Selepas melaporkan ketibaan kami di balai pengawal, kami terus meluru masuk ke kawasan sekolah untuk meletakkan kereta. Kami mencari sahabat kami yang menaiki Honda tetapi tiada. Rasanya belum tiba kot...

Dengan berbekalkan keikhlasan dan keyakinan kami terus berjumpa dengan salah seorang guru di situ. Kelihatan pelajar-pelajar sedang berkumpul rasanya menunggu ketibaan kami. Guru itu bertanya kepada kami datang dari mana. Kami menjawab dengan rasa yakin. Tetapi raut wajah guru tersebut berubah seolah-olah kepelikan. Maka timbullah rasa keraguan di dalam diriku.

Kami disambut baik dan meriah oleh semua guru di situ seperti menatang minyak yang penuh. Kami diberikan tempat duduk khas ala-ala VIP. Memang betul-betul dihargai. Tetapi timbul lagi keraguan di benak hatiku, "mengapa perlunya semua guru ada di sini?''. Tidak apalah, memang mungkin kami dihargai. Tetapi rakan Honda kami tidak tiba lagi. Untuk mendapatkan kepastian kami telah menelefon salan seorang rakan Honda dan mereka telah menyatakan mereka telah tiba lama dah.



Kami bertanya kepada guru apakah program yang akan dijalankan, maka jawab guru itu, "kita adakan program gotong-royong''. Patutlah ada pihak yang terlibat seperti RELA, PIBG dan sebagainya. Memang Sah, KAMI SALAH SEKOLAH. Untuk melepaskan diri kami bertindak secara profesional. Aku dan seorang rakanku pergi mengambil kereta dan seorang lagi rakanku pergi berjumpa guru menyatakan kami tersalah maklumat. Kami terus beredar seperti tiada apa yang berlaku. Tetapi pada masa tu rasa kemaluan kami memang terserlah.

Keluar je dari sekolah tersebut, kami tergelak habis. Mana tidaknya kami datang dengan rasa yakin, diberi layanan yang terbaik tanpa rasa segan silu.. Tau-tau je, silap sekolah da..

* Pengajaran: Dapatkan maklumat yang tepat. Malu bertanya sesat jalan.

2 comments:

Anonymous said...

wahaha=p
mlunye..slh skola...
ni mesti abg dino punya psl..
sbb die yg drive kan..
haaha=)
juz kidding..

Unknown said...

bukan salah abg dino pn... kite org je yg x dpt maklumat dgn jelas... memang malu... huhuuh...