Thursday, April 12, 2007

Tabahnya Hati Seorang Wanita

Malam Selasa aku tiba di rumah menaiki bas. Penatnya tidak hilang lagi kerana balik-balik je dari pahang terus balik ke kampungku. Alhamdulillah aku selamat sampai ke rumah walaupun terlajak skit dari rumahku kerana terlelap. Biasalah, penatlah katakan....

Pada keesokan harinya, aku telah terserempak seorang wanita yang bersungguh-sungguh membesarkan anak-anakya. Kehidupan keluarganya agak sederhana. Kasihan aku melihatkan keadaan wanita itu. Tetapi apakan daya aku hanya mampu menghulurkan bantuan dengan keringat sahaja. Tidak mampu untuk aku membantu dalam bentuk material, wang dan sebagainya. Sedangkan aku masih menuntut.

Tetapi melihatkan pengorbanan wanita itu sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan keluarganya. Yang aku maksudkan adalah wanita tu sanggup menggadaikan barang berharga untuk mendapatkan sesuap nasi untuk anak-anaknya. Tabik hormat ku berikan kepada wanita itu.
Tetapi masih ramai yang tidak tahu menghargai perngorbanan seorang wanita. Masih tiada kesedaran dalam dirinya. Sedarlah wahai sekaum denganku....
*/ Wanita adalah Anugerah Dia... Manfaatkanlah...

No comments: