Sunday, January 13, 2008

Hajat Tercapai

Semalam hari yang menggembirakan saya dari hari-hari gembira saya yang lain. Hajat yang lama di hati ingin memilikinya akhirnya dapat juga saya milikinya. Bukan mudah untuk memilikinya setelah melalui beberapa ujian dan dugaan. Terima kasih kepada DIA yang memberi saya kemudahan untuk memilikinya. Juga kepada beberapa orang kuat yang saya rasa penyumbang kepada hajat saya ini. Terima kasih kepada ibu bapa saya yang mengorbankan hartanya semata-mata untuk memenuhi hajat saya.. Tidak lupa juga kepada adik saya yang menyumbang.. Terima kasih semua...

Saya juga mengambil risiko membiarkan diri saya untuk memilikinya walaupun saya rasakan ia mungkin terlalu muda bagi saya jika dibandingkan dengan umur saya. Saya merasakan tindakan saya untuk memilikinya adalah berbaloi kerana saya ada tujuan dan misi yang perlu saya capai.

Cuma apa yang saya harapkan adalah restu dari keluarga supaya berjaya dalam apa yang saya hajatkan. Juga mengharap restu DIA membimbing agar tidak tersalah selepas memiliknya.




Inilah apa yang saya telah miliki... Tunggulah kemunculan saya... HEHE..


No comments: