Tuesday, November 25, 2008

Aku di Produksi TV

Selama 4 hari yang lepas aku telah diberi peluang oleh seorang penerbit yang aku kenal sebelum ini menyelami dunia penyiaran. Alhamdulillah penyiaran berjalan lancar yang membabitkan 13 episod. Program yang berkonsepkan Sains al-Quran membongkar isi-isi yang terkandung di dalam al-Quran dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Program ini cuba untuk menarik perhatian kanak-kanak supaya mudah memahami Sains di dalam al-Quran.

Inilah set studio program tersebut. Aku ditugaskan untuk menjaga keseluruhan set ini dari segi kebersihan, susunan dan sebagainya.


Wajah ceria adik-adik yang membintangi program tersebut. Mereka yang mudah didampingi dan tidak kekok apabila di hadapan kamera. Memang berkesan lakonan mereka.

Inilah penerbit dan pengarah program tersebut. Muda dan bertenaga dan peramah orangnya menjadikan program ini berjalan lancar. Beliau juga boleh dilawati di web Bil Hikmah Sdn. Bhd.
Krew-krew yang terlibat. Mereka banyak memberikan aku tunjuk ajar. Krew-krew yang sporting. Cayalah korang.
Program ini memberikan aku 1001 pengalaman yang baru dan ianya bukan mudah untuk aku mendapatkannya. Syukur kepadaNYA kerana diberikan peluang seperti ini. Lupa nak bagi tau, program ini dinamakan "Celik Cilik" yang akan disiarkan pada Februari 2009. Nantikan ya... Garenti memang best punyer....

No comments: