Wednesday, November 26, 2008

Muslim di Gereja

Hari ini aku telah berkesempatan mengikut seorang sahabat menuju ke Batu Arang untuk melihat sendiri bagaimana yang dikatakan muslim hidup di gereja. Sebelum samapai aku telah diberikan penerangan olehnya serba sedikit suasana tempat itu. Terbayang di fikiranku pelbagai andaian dan tanda tanya. Untuk pengetahuan mereka yang berada di sini menhidap penyakit HIV. Setibanya aku di rumah yang dinamakan "Welcome Community Home" dimiliki oleh mebaligh kristian. Majoriti pesakit di sini ialah muslim.

Selama ini aku tidak mengetahui atau mendengar apa-apa berita tentang kewujudan penempatan pesakit di bawah jagaan gereja. Mengapa bukan kita (muslim) sendiri yang mengambil inisiatif untuk mengambil mereka dan menjaganya. Terfikir di fikiranku bagaimana solat, agamanya apabila mereka di bawah jagaan mubaligh kristian ini. Adakah masih mengamalkan ajaran Islam seperti insan biasa? Setelah mendapatkan kepastian daripada mereka sendiri ada yang latar belakang dari sekolah pondok, pernah melakukan dakwah tabligh dan sebagainya. Tetapi apabila berada di sini mereka jarang melakukan amalan Islam seharian kerana tiada pantauan di kalangan kita.
Simpati melihat kepada pasangan suami isteri yang mempunyai empat orang anak. Kerakyatannya tidak disahkan tambahan pula menghidapi HIV susah untuk mendapatkan pekerjaan sehingga sekarang masih tiada pekerjaan. Anak-anak mereka tidak boleh bersekolah kerana tiada sijil kelahiran dan sebagainya.
Oleh itu aku menyeru kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat marilah sama-sama membantu mereka dengan apa cara sekalipun agar mereka ini masih mengamalkan ajaran Islam dan dapat mengucapkan dua kalimah syahadat hingga akhirnya.

* wajah pesakit terpaksa dikaburkan untuk penghormatan hak peribadi

4 comments:

Anonymous said...

minta blurkan wajah pesakit HIV utk penghormatan hak peribadi

-acahmakenon

kamyap said...

ok... akan dilakukan...

Anonymous said...

Salam. Mula-mula tak mahu tahu namun tajuk artikel begitu menggerakkan jiwa.

Kenapa? Mengapa perkara ini terjadi?

Hmmmmm

kamyap said...

to anonymous...

Wsalam.. Terima kasih kerana ingin tahu.. perkara ni terjadi kerana sikapsaya sendiri & muslim kita yang kurang peka keadaan sekeliling. mungkin ni juga salah satu usaha kristian mendakyah agama mereka dgn cara ni.

Alhamdulillah, kita dalam usaha untuk menaja mereka keluar dari rumah tersebut dan menempatkan di rumah di bawah seliaan muslim sendiri. Sama-samalah kita membantu mereka.