Wednesday, December 03, 2008

Aidiladha di Selatan Thai

Nampaknya saya belum berkesempatan untuk menyambung entri saya. Ini kerana sedikit tugas yang tidak dapat dielakkan. Saya akan berada di sekitar Selatan Thai termasuklah Sg. Golok, Yala dan Pattani selama lebih kurang 3-4 hari. Saya ditugaskan untuk menangkap gambar sepanjang Aidiladha di sana. Terima kasih diucapkan kepada Global Peace Mission Malaysia (GPM) kerana memberi saya peluang yang jarang diperoleh.
(Pertama kali sampai, berbelakangkan sebuah masjid di Pattani)
Tapi saya terpaksa bertolak malam ini sedangkan hari raya lambat lagi. Biasalah musim cuti ni, tiket banyak habis. Ini pun nasib baik ada kawan yang kerja dengan bas ekspress. Malam ini saya akan transit di Kelantan lebih kurang 2 hari sebelum meneruskan perjalanan ke Selatan Thai. Doakan lah moga perjalanan ini diberkati dan dipermudahkan olehNYA...
* walaupun ini kali kedua untuk ke sini tapi masih rasa sedikit takut, yelah di negara bergolak...

No comments: