Friday, December 05, 2008

Transit di Kelantan

Selama 2 hari berada di Kelantan banyak tempat-tempat yang saya lawati. Dengan keramahan sahabat-sahabat di sini yang sanggup menerima kedatangan saya menghulurkan penat lelah mereka membawa saya ke merata tempat di sekitar Kelantan ini. Melihat kedai-kedai, bangunan, papan tanda, banner tidak lekang menyelitkan bahasa jawi di setiap perkataan atau ayat. Sedap mata memandang melihat tulisan jawi tersebut, dengan iklan wanita yang bertudung dan tertarik syarikat milik cina juga menggunakan bahasa jawi.


Antara tempat menarik saya lawati ialah kedai buku yang mana saya terjumpa sebuah buku bertajuk "Seni dan Muzik dalam Islam" tulisan Yusof Al-Qardhawi. Insyallah jika ada kesempatan saya akan mengupas serba sedikit tentang muzik dalam Islam yang mana dihalalkan dan dihalalkan. Tempat lain singgah di Pantai Bachok. Tapi saya tiba di waktu malam, tak dapatlah nak tangkap gambar keindahan pantai Bachok. Hanya bunyi ombak pantai yang kedengaran dengan angin sepoi bahasa. Selepas itu singgah di warong sate di kawasan itu yang rata-rata semua warong yang ada di situ menjual sate. Menikmati sate di situ sedap rasanya. Bolehlah kepada sesiapa yang sampai di Bachok ini boleh lah singgah di warong sate berdekatan dengan pantai Bachok.

Insyallah, petang ini saya akan bermalam di rumah sahabat yang rumahnya berhampiran di Golok sebelum saya meneruskan perjalanan ke Yala pada keesokkan harinya. Saya pun tidak pernah sampai di rumahnya lagi. Dikatakan rumahnya terdapat perpustakaan mini. Teruja juga nak tengok.

No comments: