
Masuk pawagam. Duduk sebelah mamat dan minah yang asyik ketawa. Entah apa yang kelakar. Filem tak tayang lagi. Pedulikan. DAh mula dah. Aku nak tonton ni. Mula-mula dah kelakar... Sedih sekejap. Ketawa balik. Sedih lagi. Memang spontanlah pelakon-pelakonnya lagi-lagi Papa, Shukor, Wajib Tayang... Abis dah.
Apa aku nak cakap kat sini, memang terbaik cerita ni. Tahniah Afdlin. Berjaya melakonkan watak Papa dengan jayanya. Sesuai untuk semua tontonan umum terutamanya papa dan anak. Sebab itulah sejak kahir-akhir ini aku tidak kisah untuk menonton filem-filem melayu kat pawagam. Ada gak yang tak setuju. Kata filem melayu takda kualiti. Tengok dululah baru komen.. hehe.. Aku puas sekarang.. hahahahahah..
Dah-dah.. Nak periksa ni.. Jangan main-main lagi.. huhu
update 26.10.09 - 9.13 pagi
No comments:
Post a Comment